Followers

Saturday, March 16, 2013

kaku ...



masih bernyawa ,
hari ini masih berjalan , masih boleh bergerak  ...
Dirimu masih melihat , mendengar dan tersenyum ...
kau terhibur bergurau senda dan bergelak ketawa ... masih bernyawa ...

siapa tahu , keesokkan hari ?
mungkin terbujur kaku ...

tiada lagi rasa bumi yang dipijak ,
tiada lagi rasa  panca indera yang diguna ,
tiada lagi kawan karib yg menghibur ,
tiada lagi gunanya diri untuk berkhidmat di muka bumi ...

Hanya melihat sanak saudara menangis akan dirimu ,
Dirimu ketakutan menunggu waktu ,
Gerun menyelubungi tubuh memikirkan dosa yang lalu ,
Amalanmu menceritakan segala yang kau laku ,

Aduhhh .... :'(


 hmm .. Kawan karib ayahda yang telah kembali ke Rahmatullah hampir setahun yang lalu iaitu Almarhum Shaykh Tengku Raja Ashman ibni Sultan Muhibbudin Shah ...

kerendahan hati beliau yang membuat ramai merinduinya ... sikapnya yang friendly ... hmm rasa hendak menangis bila mnyebut nama beliau ... seorang pemimpin yang tidak kurangnya juga ilmu Agamanya yg tinggi dan sangat merendah ... sangat mencintai beliau ...

Al-fatihah buat Al-Marhum Shaykh Tengku Raja Ashman Ibni Sultan Muhibbudin shah ..

Melihat makam beliau , aku terfikir akan diri aku sendiri ... dulu aku lihat dia sentiasa tersenyum , melihat beliau berjalan kesana dan kesini .. tetapi sekarang , dirinya bersama Sang Pencipta ...
Aku juga akan seperti itu suatu hari nanti ? , terbujur kaku ... Meninggalkn segala-galanya yang aku cintai dan mengharapkn keampunan dari Allah terhadap banyaknya dosa-dosaku ini ... hmm

Ya Rabbi :'( .. Ampunkan Dosaku ..

Wednesday, March 6, 2013

Sabooo jelah ~

Jam menunjukkan pukul 1 ptg ...

Alhamdulillah , lulus ujian JPJ .. Bahagian Bukit dan Parking Sahaja ! .. Alkesah , ujian JPJ untuk jalan Raya belum lagi ... Kerana apa ? Sebab giliran belum tiba ...

Bayangkan , dari pukul 8.30 pgi tadi hingga sekarang belum settle2 lagi ... Dengan wallet kering duit , tekak kering air , perot kosong x makan ... Hhhu sabooo jelah ..

Baru je tanya sorang member tadi .. " dah nombo brape ? " aku tnye .. " tak sampai 40 pun " die jwb ..

Huh ? Lagi pagi td x settle2 ag ? Sesi pertame ? ..

Ujian2 .. Tulah orang kate , nak sesuatu tu bukan mudah kan ? .. Hendak seribu daya , tak mahu seribu dalih ^_^

Tapi xpelah nak buat cmne .. Kene lah jugak bersaba , maybe Allah nak relax2kan dulu , yela memandangkan cuaca pun agak panas skang ni .. Time ujian parking td , dah mcm orang mandi dah .. Huhu

Bdway , pray for me .. InsyaAllah i'll do my best .. Berbahasa oreng putih puler :) .. Hehe..

JPJ Test No.35 sesi kedua

Pepagi lagi dah bangun ,
Siap-siap cepat , bergegas nak ke tmpat Ujian Memandu sebab hari ni aku di test sendiri keExtreman pemanduan aku Oleh JPJ .. Haha #Cewah ...

Gamba ? Set ,
lesen L ? Set ,
iC ? Set , okeyh dah bleh carry on ...

Sampai je aku kt tmpt lesen , ai mcm xde orang je ? ... Xpe lah , masuk je la ...

Nasib baik ade 3 ke 4 orang .. RUPENYe! Aku awal sangat ==' sharp 7.45pagi .. Tapi takpe lah kire ok la tu awal2 ? Kan ?.. Disiplin la kate kan :p ...

Call Wak ... #wak nie pkcik yang mnjaga aku , beri tunjuk aku sepanjng pembelajaran ...

Aku : Assalam wak , nie adib ni ... Skang sy kne wat pe ?

Wak : owh dah smpai yer ? K g nngok nme adib kt board .. Nngok sesi satu ke dua ? .. Pastu g la phostat ic ngn lesen L kt dlam k ? .. K la bwak btol2 jgan langgo kete orang lain ...

Aku : (aik ade dua sesi?) .. Erm ok lah wak trime ksih ..

Aku pun g nngok nme .. Ade 59 sesi pertama , ade 59 sesi kedua .. Dan aku no.35 sesi kedua -_-' lame tuuuu .... Aku yg disuruh dtg awal pastu , giliran cmtu .. Rse2 dtg pagi balik maghrib je .. Haha xpe la sabo .. Huhu innAllaha ma'as Sobirin ^_^ ... Setidak-tidaknya Allah bagi time utk relax kan ? :)

Act, aku dpat tulis blog ni , disebabkan menunggu time yg mcm tu lame lah ^_^ ... Hehe ...

Doakn aku dpat buat yang Terbaik insyaAllah ... Assalam :)




Monday, March 4, 2013

Mesir

Alhamdulillah ! ... Ya Rabbi ! Ya Rabbi ! Ana Uhibuka Ya Rabbi !

Lega rasanya hati ini ... setelah lame jugak di selubungi perasaan bimbang ..
Akhirnya aku legaaa ! ...

Nak tau sebab apa ? ^_^ ...

Sebabnya aku lega la ! .. haha #TakKlakaKan? :) ...

ceritanya begini ... pada bulan februari yang lalu .. Aku bersama rakanku merangkap adik angkt aku
mengambil Ujian kelayakan Akedemi Huffaz mesir ...
Ujian nie jika lulus ... bleh la terbang ke mesir untuk digelar diri nie sebagai pelajar Mesir untuk 6 bulan sahaja dulu #TakLamaPun :) ... hehe

Alhamdulillah lulus dpt 88% ... #Kat skolah tak pernah pula dpat camnie -_-

Tetapi Bapa aku risau jika aku kesana disebabkan dengar pula tentang Visanya susah , dan ada conflict lah macam2 ... aduh! hampir hancur harapan aku bila tau begitu ...

nak buat cmne ? Berdiam diri dan Istiqamah trus berdoa ... Dengan harapan Allah menunjukkan jalan yang di redhai dan jika ke Bumi Mesir itu adalah sesuatu yang bermanfaat bagiku , Ya Allah bukakan lah hati Ibu dan Bapaku ... Allahumma Amin ...

Sekian lama aku berdiam serta mengharapkan jawaban positif dari kedua ibubapa ku #CehMacamLamaSangat haha

Alhamdulillah Berkat Doa Ibuku serta kata2 semangat kapada Ayahda tercinta ... aku di restui untuk kesana ^_^ ... Ya Allah Gembiraku tak terkata ... Wohooo!!!! ... ehehehhee ...

InsyaAllah jika aku kesana nnti , dapatlah juga aku menjejakkan kaki di tanah penuh sejarah dan keberkahan itu ...

Doa-doa kalian semua aku harapkan sepanjang perjalanan aku kesana nanti iaitu pada 25 April 2013 .. insyaAllah ...

PEACE ! ^_^ #BuatMukaCute .. hahahahahaha :)



Sunday, March 3, 2013

Siapa Kau sebenarnya ?

Bismillahir Rahman Ar Rahim ..

Assalamualaikum ... hari ni , saya hendak berkongsi serba sedikit " Siapa Kau sebenarnya ? "

boleh ke kata ini sebuah Sajak ?,  .. tak tahulah, hehe sebab saya pun tak berapa pandai didalam bab-bab kesusteraan Bahasa ni (^_^) ... Hanya ilham yang terlintas yang diberi oleh Allah di dalam fikiran membuat saya ingin menulis / menaip ...

insyaAllah ia boleh mengajak diri kita untuk berfikir siapa kita ini ? dimanakah kita tergolong jika kita berlaku begini ... ia mengisahkan Zaman sekarang yang terlampau banyak kemungkaran berlaku dek kerana pengaruh-pengaruh serta virus yang meresap didalam diri setiap manusia , lebih-lebih lagi para mudi-mudi iaitu Remaja ... ia juga saya tujukan kepada dri saya sendiri , iyalah Setiap manusia mesti melakukan kesilapan yang tidak disedari .. kan ? #AkuBukanPerfect

#Sajak pendek ini disalin semula ke Blog dari facebook saya untuk berkongsi kepada pembaca semua .. salah dan silap harap dapat menegur diri saya yang Faqir ini .. (^_^)

Bunyinya begini :



Siapa kau sebenarnya ?

Kau bangga dengan Dunia,
Kau kata Dunia adalah segalanya , 
kau bangga apa yang kau pakai , kau hidu dan rasa,
kau bangga dengan Artist2 yang kau puja ,
Material menyaluti tubuh mu kau selesa ,
tetapi kau tidak tahu Hati kau meronta terseksa,
kau terlena kerana nafsu yang kau kejar semata-mata, 

Kau ketawakan org yang mengucap Zikrullah serta Solawat , 
kau rasa ianya sebuah jenaka , 
kau kata dia hanya menunjuk serta riak semata-mata ,
hipokrit yang kau lontarkan kepadanya , 
kau kata dia sesat dan kolot , 
kau hairan orang yang bagai di rasuk kerana Allah dan Rasulnya ,
Kau tidak tahu Hati orang itu Tersenyum gembira mesra , 

orang itu mengejar Cinta , 
Cinta yang membawa kebahagian kekal Abadi DISANA , 
hatinya berzikir mencari Redha Ilahi , 
hatinya bersolawat mencari syafaat Rasul tercinta , 

Siapa kau sebenarnya ?

Tanyalah hati mu , 
tanyalah fikiran mu , 
tanya mata mu , 
tanya tangan serta kaki mu , 
tanya telinga mu , 
apa yang kau fikiran , 
apa yang kau lihat , 
apa yang kau pegang , 
kemana kau berjalan , 
apa yang kau dengar , 
Adakah kesemuanya benar ?? , 

Fikirlah .....

Friday, March 1, 2013

Senyum & Tawa Rasulullah S.A.W



Assalamualaikum semua (^_^) ..

Kali nie nak share skit tentang buku yang hebat ni ...

Buku ini berjudul " Senyum & Tawa Rasulullah "
Karangan " Misbah Em Majidy "
Keluaran " kemilau publika "

buku ini sangat-sangat-sangat dan Tersangatlah best ... kerana apa ?
Kerana ia menceritakan tentang Rasulullah ...

Melalui pembacaan buku kita bolah tahu serba sedikit perihal keperibadian Rasulullah ..
Buku ini juga menerangkan kita tentang apa itu Senyum dan Tawa menurut Al-Quran .. Ia juga menerangkan batas-batas ketawa didalam Islam.. Boleh dikatakan kesemua isi buku ini adalah Hadith Rasulullah sendiri ...

dalam kesempatan ni , nak share sikitlah satu kisah Rasulullah yang terkandung dalam buku ini , dan  kisah ini sangat menakjubkan bahawa bertapa indahnya Akhlak Rasulullah S.A.W ..

Dalam riwayat sahih disebutkan ,

     Suatu hari , ada seorang wanita ahli kitab datang ke rumah Rasulullah S.A.W dengan membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda . Buah itu kelihatan segar kerana baru dipetik daripada pokok. Sesiapa sahaja yang melihat pasti terliur dan ingin memakannya. Rasulullah S.A.W menerimanya dengan senyuman gembira . Hadiah tersebut dimakan oleh baginda seulas demi seulas dengan senyuman .

    Para sahabat hairan melihat kelakuan Rasulullah S.A.W . Kebiasaannya Rasulullah S.A.W akan makan bersama-sama para sahabat, namun kali ini tidak. Bahkan, tidak ada seulas pun buah limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah S.A.W asyik memakannya dengan senyuman yang terus menguntum. Dan wanita pemberi buah itu kelihatan berpuas hati . Setelah buah limau pemberiannya habis dimakan baginda , wanita itu minta diri untuk pulang dan baginda mengucapkan terima kasih kepadanya sambil tersenyum simpul.

    Selepas wanita tersebut pulang , para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W , " Wahai utusan Allah , kebiasaannya engkau berkongsi makanan dengan kami tetapi kali ini engkau tidak melakukannya dan engkau kelihatan terus menguntum senyuman semasa menikmati buah limau pemberian wanita tadi. Apakah yang terjadi sebenarnya ? ". Rasulullah S.A.W menjawab, " Ketahuilah olehmu, sesungguhnya rasa buah limau itu sangat masam. Ketika kali pertama aku merasakannya , sejujurnya aku tidak tahan dengan rasa masamnya dan aku berfikir jika kamu memakannya, kamu pasti memarahi wanita tersebut. Aku tidak mahu hal itu terjadi dan aku juga tidak mahu mengecewakan wanita itu." Para sahabat akhirnya memahami alasan Rasulullah S.A.W tersenyum dan tidak membahagikan buah limau tersebut.
                                   [ At-Tobaqat Al-Kubrah. Karya Ibnu Saad (4/139-140)]

Melalui kisah ini , kita dapat lihat bertapa indahnya Akhlak Rasulullah dan Senyuman Rasulullah yang penuh makna dan kecintaan serta adab ... kasihnya Rasulullah dengan para sahabat , Rasulullah tidak mahu melihat para sahabat wajah para sahabat kelihatan mengerut dek buah limau yang masam .. kerana mengikut adab didalam islam , pemberian seseorang itu perlulah kita terima dan memuaskan hati pemberinya .. jika para sahabat mengerut kerana buah tersebut dan memarahinya, pasti wanita tersebut akan kelihatan sedih dan berasa bersalah atas pemberiannya itu ..
Lihat bertapa Mulianya Akhlak Rasulullah dalam menjaga para sahabat dan hati pemberi hadiah tersebut ...

Semoga kita sama-sama dapat mencontohi akhlak Rasulullah ... jika tidak semua , sedikit pun sudah memadai untuk diri kita Jika kita Cinta dengan Rasulullah S.A.W ..

itu saja sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dari buku ini .. insyaAllah :) ..
Senyumlah Kerana Allah dan mengikut Sunnah Baginda ^_^

Sollu alan Nabi !

Al'afu minkum , Assalamualaikum

Aduh ! Itu Sungguh Menyakitkan

Bismillah ...

Ya Rabbi ! Ya Rabbi ! Ya Rabbi ! ...

hatiku sungguh sakit pabila mengenangkan perbuatanku ...
Allahu Akbar ! kenapa aku berlaku begitu .. kenapa Ya Rabb ? aku menyesal ..

" Ya Allah , ampuni Dosaku ... hindari aku dari perbuatan itu lagi "

"Mak ... Adib mohon maaf atas perbuatan Jahil yang telah adib lakukan ... Maafkan Adib mak ..."


27 Februari 2013 , merupakan hari yang menyeksa hatiku  ...
Hanya kerana aku tertinggikan suaraku kepada ibu... ..

Ya , itu memang berpunca dari diriku sendiri ...

Ceritanya begini ..

hari tersebut Keluargaku mendapat Amanah dari seorang Ulama' bahawa beliau mahu berjumpa dan solat zohor berjamaah bersama-sama , kerana beliau sudah mahu berangkat pulang ke tanah Airnya di Lubnan dari Kuala Lumpur  ... Dan yang membuat aku berasa sangat risau kerana Beliau berkata berkemungkinan umurnya tidak jauh dari saat baginya bertemu Ilahi ...

" Ya Allah , panjangkan umurnya dan sihatkan tubuh badannya "

Waktu sudah menunjukkan hampirnya Waktu zohor tetapi kami masih belum bergerak kesana .. hatiku gelisah bercampur perasaan tidak sabar dengan keadaan ...sedangkan ketika itu aku tahu bahawa ibuku dan ayahku sedang sibuk menyelesaikan masalah syarikat dan hendak melaksanakan amanah projek Masjid yang perlu ditamatkan lagi dua ke tinga hari ...

Dan ibuku sudah berkata " sabar eh adib , InsyaAllah.. Allah tahu masalah kita , Shaykh faham tanggungjawab kita .. Pasti kita jumpa juga "   ...  Ya Rabbi , ketika itu aku tidak memikirkan bahawa hati aku sudah terganggu dek Syaitan yang menghasut ... sungguh aku alpa ... aku hanya memikirkan diri ...

Aku berkata pada ibu " Mak! pukul berapa nak pergi ni ? dah nak zohor ... Amanah seorang 'Alim itu lebih Utama dari Amanah Dunia " ... Ibu aku diam , lalu pergi bersama ayahku berdua ke KL tanpa menghiraukan aku ... Ya Allah , buruknya perangai aku ... aku tahu ibuku menangis ketika itu tapi aku tidak sedar ...

selang beberapa minit kemudian , Tiba-tiba hati aku gelisah memikirkan perbuatanku .. Aku telah melakukan kesilapan besar ! ... aku cuba menghubungi ibu , tetapi tiada jwpan .. aku cuba menghantar SMS tetapi tiada berbalas ... sudah lama kemudian aku di hantui rasa bersalah ibuku blas " takpelah adib , mak x reti nak bercakap apa .. mak sentiasa maafkan anak2 mak .. jaga diri baik2 .. Mak perjalanan kesana ... Mak baru dpt tahu Shaykh dtang dalam pukul 4 " ..

Ya Allah , jika aku sabar dan dengar kata ibuku tadi pasti tidak menjadi begini ... sudah ibuku berkata bahawa " Allah tahu masalah kita , Shaykh memahami tanggungjawab kita " , rupanya ia memang benar ...

Hanya sms tidak membuat aku berpuas hati selagi aku tidak mencium tangannya memohon ampun dan melihat raut wajah ibuku tersenyum ..

aku tetap pergi kesana menaiki kereta semata ingin bertemu ibu .. Dia yang melahirkanku dan membesarkan aku ... aku tidak sanggup melihat ibuku bersedih ...

setibanya aku disana ... setelah selesai bertemu shaykh yang mahu pulang .. kerana ketika itu kami semua sampai serentak dan di saat2 akhir sebelum shaykh memulakan berjalanan balik .. aku bertemu ibu dan mencium tangannya dan memohon ampun .... ibuku tersenyum melihat aku dan memaafkan ... Alhamdulillah ...

setelah itu aku berjanji kepada diri , supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi walaupun sesaat ... kerana dia Adalah Ibuku ... syurgaku dibawah telapak kakinya ...

Aku bersyukur sangat dengan perkara yang berlaku kerana ia mengajar aku erti seorang anak supaya bersyukur dengan ibubapa ... Bersyukur dengan ibu yang mengandungkan kita , melahirkan kita dan membesarkan kita tanpa jemu , malah dengan penuh kasih dan sayang yang tidak putus ...

Aku tak malu mengatakan diriku penuh kekurangan lagi ... masih melakukan kesilapan ... sebab itulah diri seorang manusia ... tanpa kesalahan kita tidak jumpa kebenarannya ... tanpa pengajaran kita tidak dapat manisnya ..

Ibu merupakan  Permata bagi seorang anak yang menghargai ... jagalah ibu ...

kepada pembaca , Harap dapat mendoakan diriku suapaya terus Istiqamah dijalan kebaikan .. Dan mendoakan supaya ibu ku ( Leha Binti Zainal ) sentiasa di lindungi Allah dan dipanjangkan umur , murah rezeki dan sihat tubuh badannya ... Allahumma Amin ..