Followers

Tuesday, February 26, 2013

TariQ Mahabbah illAllah wa Rasulihi

Bismillah  

Manusia ..

tiada seorang manusia pun yang tidak pernah melakukan kesilapan ... Ada , tapi dia bukan Manusia biasa .. Rasulullah S.A.W .. 

tetapi, seorang manusia seperti aku ini memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan .. 

ya , ku akui itu .... 

ku yakin bahawa kesemua itu pelajaran bagiku ... Allah S.W.T mengajarku ... tapi ku alpa .. Astaghfirullah hal Azim .. 

" Ya Allah , jadikan aku seseorang yang selalu mengingati-Mu dan Memuji-Mu ya Rabbi ... Allahumma Amin .."

bukannya apa , mungkin ada yang diluar sana jiwanya kental , hatinya kuat ... bagi mereka mudah untuk menepis segala kemungkaran ... tetapi aku belum ditahap itu  .. 

Sebab itu aku perlu seseorang atau sesuatu yang boleh membuat diri kita selalu terjaga dan diawasi ... 

Setiap org pasti akan menjalani zaman yang mana mereka meraba-raba mencari sesuatu yang dikatakan permata untuk menyinari hati mereka ... kerana apa ? hatinya kosong ... seperti aku :) .. 

Mungkin kita rasa bahagia dengan kekayaan yang melimpah ruah , petik jari semua dapat .. kan ? 

Tetapi jika fikirkn kesemua itu boleh lenyap sekelip mata , akan kita tinggalkn untuk merentasi titian sirat yang menentukan dimanakah kita berada  ?? .. adakah kite melepasinya atau terjatuh ke juram Neraka... Na'uzubillah ....  pasti kita sedar bahawa itu bukan kebahagiaan sebenar .. tidak sekali ..  

Aku mencari itu , dan aku menjumpainya ... iaitu TariQ .. 

TariQ itu bermaksud jalan .. 

ya sudah semestinya jalan itu adalah jalan agama ... Jalan mahabbah illAllah wa Rasulihi .. 

Cinta Allah Cinta Rasul ... 

apakah kebahagiaan yang boleh menandingi kebahagiaan menjadi seorang pecinta Allah dan Rasul ? ..Tiada .. 
inilah kebahagiaan sebenar ... mendapatkn Cinta Allah dan Rasul itu beerti Syurga ... 

Taknak kah ? kita dengan Syurga ? .. semua orang nak ... kehidupan yang sungguh selesa yang penuh kenikmatan tanpa batasan dan kekal abadi ... Wahh dilayan pula dengan bidadari kan ? bagi lelaki .. tiada sapa yang tak mahu itu semua ... 

Tetapi sebelum mencapainya sudahkah kita memenuhi syarat-syaratNya ? ... 

ya renung-renung kembali .. muhasabah diri .. Termasuk diriku sendiri .. InsyaAllah tiada yang tak mustahil ... 

secebis pemikiran utk hari ini ^_^ .. salah dan silap harap dapat menegur saya yang Dhaif ini .. 

Wslm .......

Monday, February 25, 2013

Penat lelah ku keranamu Ya Rasulullah

Bismillahir Rahman Ar Rahim

Assalamualaikum ^_^

Sudah beberapa hari mata ini tidak istirehat dengan benar .. Banyak majlis yang perlu diuruskn .. Tidak lain tidak bukan majlis tu ialah Majelis Rasulullah ..

Dengan kemas lain , menunggu para tetamu terhormat lain , sehingga lewat malam kadang2, pergi kesana kesini .. ^_^

Termasuklah disaat aku menaip sepatah dua kata di blog ini sekarang .. Hehe sempat pula nak mengarang ayat utk blog kan ?

Tak mengapalah , jauh perjalanan luas pemandangan kan ? .. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada kebaikannya .. Aku selalu mencuba untuk tidak mengeluh dlam setiap langkahku .. Senyum sentiasa ^_^ ..

Itulah Cinta .. Kalau org bercinta , tak kira waktu , tak kira jauh perjalanan dan tak kira penat mana dia , dia tetap mahu membahagiakn kekasihnya ...

Begitu jugalah kita dengan Sang pencipta Allah S.W.T dan kekasihNya Rasulullah S.A.W ..

Jika kita cinta dan sayang padaNya dan RasulNya , pasti tiada apa alasan utk kita trus membuat sesuatu untuk mendapat Redha Allah dan Syafaat Rasulillah ..

Konklusinya disini ialah , buatlah sesuatu perkara itu kerana Cinta . Kerana setiap perkara yang kita buat dengan niat kerana cinta terhadap Allah dan Rasul itu ibadah .. Cinta yang membawa kita kepada kebahahiaan Abadi .. Cinta yang membawa kita kepada syurga ilahi .. InsyaAllah ^_^

Mungkin tu saja sedikit sebanyak utk kali ini ^_^ .. Jgan bosan membaca ya ^_^ Syg semua .. Wslm