Bismillah
tiada seorang manusia pun yang tidak pernah melakukan kesilapan ... Ada , tapi dia bukan Manusia biasa .. Rasulullah S.A.W ..
tetapi, seorang manusia seperti aku ini memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan ..
ya , ku akui itu ....
ku yakin bahawa kesemua itu pelajaran bagiku ... Allah S.W.T mengajarku ... tapi ku alpa .. Astaghfirullah hal Azim ..
" Ya Allah , jadikan aku seseorang yang selalu mengingati-Mu dan Memuji-Mu ya Rabbi ... Allahumma Amin .."
bukannya apa , mungkin ada yang diluar sana jiwanya kental , hatinya kuat ... bagi mereka mudah untuk menepis segala kemungkaran ... tetapi aku belum ditahap itu ..
Sebab itu aku perlu seseorang atau sesuatu yang boleh membuat diri kita selalu terjaga dan diawasi ...
Setiap org pasti akan menjalani zaman yang mana mereka meraba-raba mencari sesuatu yang dikatakan permata untuk menyinari hati mereka ... kerana apa ? hatinya kosong ... seperti aku :) ..
Mungkin kita rasa bahagia dengan kekayaan yang melimpah ruah , petik jari semua dapat .. kan ?
Tetapi jika fikirkn kesemua itu boleh lenyap sekelip mata , akan kita tinggalkn untuk merentasi titian sirat yang menentukan dimanakah kita berada ?? .. adakah kite melepasinya atau terjatuh ke juram Neraka... Na'uzubillah .... pasti kita sedar bahawa itu bukan kebahagiaan sebenar .. tidak sekali ..
Aku mencari itu , dan aku menjumpainya ... iaitu TariQ ..
TariQ itu bermaksud jalan ..
ya sudah semestinya jalan itu adalah jalan agama ... Jalan mahabbah illAllah wa Rasulihi ..
Cinta Allah Cinta Rasul ...
apakah kebahagiaan yang boleh menandingi kebahagiaan menjadi seorang pecinta Allah dan Rasul ? ..Tiada ..
inilah kebahagiaan sebenar ... mendapatkn Cinta Allah dan Rasul itu beerti Syurga ...
Taknak kah ? kita dengan Syurga ? .. semua orang nak ... kehidupan yang sungguh selesa yang penuh kenikmatan tanpa batasan dan kekal abadi ... Wahh dilayan pula dengan bidadari kan ? bagi lelaki .. tiada sapa yang tak mahu itu semua ...
Tetapi sebelum mencapainya sudahkah kita memenuhi syarat-syaratNya ? ...
ya renung-renung kembali .. muhasabah diri .. Termasuk diriku sendiri .. InsyaAllah tiada yang tak mustahil ...
secebis pemikiran utk hari ini ^_^ .. salah dan silap harap dapat menegur saya yang Dhaif ini ..
Wslm .......
No comments:
Post a Comment