Followers

Friday, March 1, 2013

Aduh ! Itu Sungguh Menyakitkan

Bismillah ...

Ya Rabbi ! Ya Rabbi ! Ya Rabbi ! ...

hatiku sungguh sakit pabila mengenangkan perbuatanku ...
Allahu Akbar ! kenapa aku berlaku begitu .. kenapa Ya Rabb ? aku menyesal ..

" Ya Allah , ampuni Dosaku ... hindari aku dari perbuatan itu lagi "

"Mak ... Adib mohon maaf atas perbuatan Jahil yang telah adib lakukan ... Maafkan Adib mak ..."


27 Februari 2013 , merupakan hari yang menyeksa hatiku  ...
Hanya kerana aku tertinggikan suaraku kepada ibu... ..

Ya , itu memang berpunca dari diriku sendiri ...

Ceritanya begini ..

hari tersebut Keluargaku mendapat Amanah dari seorang Ulama' bahawa beliau mahu berjumpa dan solat zohor berjamaah bersama-sama , kerana beliau sudah mahu berangkat pulang ke tanah Airnya di Lubnan dari Kuala Lumpur  ... Dan yang membuat aku berasa sangat risau kerana Beliau berkata berkemungkinan umurnya tidak jauh dari saat baginya bertemu Ilahi ...

" Ya Allah , panjangkan umurnya dan sihatkan tubuh badannya "

Waktu sudah menunjukkan hampirnya Waktu zohor tetapi kami masih belum bergerak kesana .. hatiku gelisah bercampur perasaan tidak sabar dengan keadaan ...sedangkan ketika itu aku tahu bahawa ibuku dan ayahku sedang sibuk menyelesaikan masalah syarikat dan hendak melaksanakan amanah projek Masjid yang perlu ditamatkan lagi dua ke tinga hari ...

Dan ibuku sudah berkata " sabar eh adib , InsyaAllah.. Allah tahu masalah kita , Shaykh faham tanggungjawab kita .. Pasti kita jumpa juga "   ...  Ya Rabbi , ketika itu aku tidak memikirkan bahawa hati aku sudah terganggu dek Syaitan yang menghasut ... sungguh aku alpa ... aku hanya memikirkan diri ...

Aku berkata pada ibu " Mak! pukul berapa nak pergi ni ? dah nak zohor ... Amanah seorang 'Alim itu lebih Utama dari Amanah Dunia " ... Ibu aku diam , lalu pergi bersama ayahku berdua ke KL tanpa menghiraukan aku ... Ya Allah , buruknya perangai aku ... aku tahu ibuku menangis ketika itu tapi aku tidak sedar ...

selang beberapa minit kemudian , Tiba-tiba hati aku gelisah memikirkan perbuatanku .. Aku telah melakukan kesilapan besar ! ... aku cuba menghubungi ibu , tetapi tiada jwpan .. aku cuba menghantar SMS tetapi tiada berbalas ... sudah lama kemudian aku di hantui rasa bersalah ibuku blas " takpelah adib , mak x reti nak bercakap apa .. mak sentiasa maafkan anak2 mak .. jaga diri baik2 .. Mak perjalanan kesana ... Mak baru dpt tahu Shaykh dtang dalam pukul 4 " ..

Ya Allah , jika aku sabar dan dengar kata ibuku tadi pasti tidak menjadi begini ... sudah ibuku berkata bahawa " Allah tahu masalah kita , Shaykh memahami tanggungjawab kita " , rupanya ia memang benar ...

Hanya sms tidak membuat aku berpuas hati selagi aku tidak mencium tangannya memohon ampun dan melihat raut wajah ibuku tersenyum ..

aku tetap pergi kesana menaiki kereta semata ingin bertemu ibu .. Dia yang melahirkanku dan membesarkan aku ... aku tidak sanggup melihat ibuku bersedih ...

setibanya aku disana ... setelah selesai bertemu shaykh yang mahu pulang .. kerana ketika itu kami semua sampai serentak dan di saat2 akhir sebelum shaykh memulakan berjalanan balik .. aku bertemu ibu dan mencium tangannya dan memohon ampun .... ibuku tersenyum melihat aku dan memaafkan ... Alhamdulillah ...

setelah itu aku berjanji kepada diri , supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi walaupun sesaat ... kerana dia Adalah Ibuku ... syurgaku dibawah telapak kakinya ...

Aku bersyukur sangat dengan perkara yang berlaku kerana ia mengajar aku erti seorang anak supaya bersyukur dengan ibubapa ... Bersyukur dengan ibu yang mengandungkan kita , melahirkan kita dan membesarkan kita tanpa jemu , malah dengan penuh kasih dan sayang yang tidak putus ...

Aku tak malu mengatakan diriku penuh kekurangan lagi ... masih melakukan kesilapan ... sebab itulah diri seorang manusia ... tanpa kesalahan kita tidak jumpa kebenarannya ... tanpa pengajaran kita tidak dapat manisnya ..

Ibu merupakan  Permata bagi seorang anak yang menghargai ... jagalah ibu ...

kepada pembaca , Harap dapat mendoakan diriku suapaya terus Istiqamah dijalan kebaikan .. Dan mendoakan supaya ibu ku ( Leha Binti Zainal ) sentiasa di lindungi Allah dan dipanjangkan umur , murah rezeki dan sihat tubuh badannya ... Allahumma Amin ..

No comments:

Post a Comment