Followers

Friday, March 1, 2013

Senyum & Tawa Rasulullah S.A.W



Assalamualaikum semua (^_^) ..

Kali nie nak share skit tentang buku yang hebat ni ...

Buku ini berjudul " Senyum & Tawa Rasulullah "
Karangan " Misbah Em Majidy "
Keluaran " kemilau publika "

buku ini sangat-sangat-sangat dan Tersangatlah best ... kerana apa ?
Kerana ia menceritakan tentang Rasulullah ...

Melalui pembacaan buku kita bolah tahu serba sedikit perihal keperibadian Rasulullah ..
Buku ini juga menerangkan kita tentang apa itu Senyum dan Tawa menurut Al-Quran .. Ia juga menerangkan batas-batas ketawa didalam Islam.. Boleh dikatakan kesemua isi buku ini adalah Hadith Rasulullah sendiri ...

dalam kesempatan ni , nak share sikitlah satu kisah Rasulullah yang terkandung dalam buku ini , dan  kisah ini sangat menakjubkan bahawa bertapa indahnya Akhlak Rasulullah S.A.W ..

Dalam riwayat sahih disebutkan ,

     Suatu hari , ada seorang wanita ahli kitab datang ke rumah Rasulullah S.A.W dengan membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda . Buah itu kelihatan segar kerana baru dipetik daripada pokok. Sesiapa sahaja yang melihat pasti terliur dan ingin memakannya. Rasulullah S.A.W menerimanya dengan senyuman gembira . Hadiah tersebut dimakan oleh baginda seulas demi seulas dengan senyuman .

    Para sahabat hairan melihat kelakuan Rasulullah S.A.W . Kebiasaannya Rasulullah S.A.W akan makan bersama-sama para sahabat, namun kali ini tidak. Bahkan, tidak ada seulas pun buah limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah S.A.W asyik memakannya dengan senyuman yang terus menguntum. Dan wanita pemberi buah itu kelihatan berpuas hati . Setelah buah limau pemberiannya habis dimakan baginda , wanita itu minta diri untuk pulang dan baginda mengucapkan terima kasih kepadanya sambil tersenyum simpul.

    Selepas wanita tersebut pulang , para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W , " Wahai utusan Allah , kebiasaannya engkau berkongsi makanan dengan kami tetapi kali ini engkau tidak melakukannya dan engkau kelihatan terus menguntum senyuman semasa menikmati buah limau pemberian wanita tadi. Apakah yang terjadi sebenarnya ? ". Rasulullah S.A.W menjawab, " Ketahuilah olehmu, sesungguhnya rasa buah limau itu sangat masam. Ketika kali pertama aku merasakannya , sejujurnya aku tidak tahan dengan rasa masamnya dan aku berfikir jika kamu memakannya, kamu pasti memarahi wanita tersebut. Aku tidak mahu hal itu terjadi dan aku juga tidak mahu mengecewakan wanita itu." Para sahabat akhirnya memahami alasan Rasulullah S.A.W tersenyum dan tidak membahagikan buah limau tersebut.
                                   [ At-Tobaqat Al-Kubrah. Karya Ibnu Saad (4/139-140)]

Melalui kisah ini , kita dapat lihat bertapa indahnya Akhlak Rasulullah dan Senyuman Rasulullah yang penuh makna dan kecintaan serta adab ... kasihnya Rasulullah dengan para sahabat , Rasulullah tidak mahu melihat para sahabat wajah para sahabat kelihatan mengerut dek buah limau yang masam .. kerana mengikut adab didalam islam , pemberian seseorang itu perlulah kita terima dan memuaskan hati pemberinya .. jika para sahabat mengerut kerana buah tersebut dan memarahinya, pasti wanita tersebut akan kelihatan sedih dan berasa bersalah atas pemberiannya itu ..
Lihat bertapa Mulianya Akhlak Rasulullah dalam menjaga para sahabat dan hati pemberi hadiah tersebut ...

Semoga kita sama-sama dapat mencontohi akhlak Rasulullah ... jika tidak semua , sedikit pun sudah memadai untuk diri kita Jika kita Cinta dengan Rasulullah S.A.W ..

itu saja sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dari buku ini .. insyaAllah :) ..
Senyumlah Kerana Allah dan mengikut Sunnah Baginda ^_^

Sollu alan Nabi !

Al'afu minkum , Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment