Assalamualaikum ... hari ni , saya hendak berkongsi serba sedikit " Siapa Kau sebenarnya ? "
boleh ke kata ini sebuah Sajak ?, .. tak tahulah, hehe sebab saya pun tak berapa pandai didalam bab-bab kesusteraan Bahasa ni (^_^) ... Hanya ilham yang terlintas yang diberi oleh Allah di dalam fikiran membuat saya ingin menulis / menaip ...
insyaAllah ia boleh mengajak diri kita untuk berfikir siapa kita ini ? dimanakah kita tergolong jika kita berlaku begini ... ia mengisahkan Zaman sekarang yang terlampau banyak kemungkaran berlaku dek kerana pengaruh-pengaruh serta virus yang meresap didalam diri setiap manusia , lebih-lebih lagi para mudi-mudi iaitu Remaja ... ia juga saya tujukan kepada dri saya sendiri , iyalah Setiap manusia mesti melakukan kesilapan yang tidak disedari .. kan ?
#Sajak pendek ini disalin semula ke Blog dari facebook saya untuk berkongsi kepada pembaca semua .. salah dan silap harap dapat menegur diri saya yang Faqir ini .. (^_^)
Bunyinya begini :
Siapa kau sebenarnya ?
Kau bangga dengan Dunia,
Kau kata Dunia adalah segalanya ,
kau bangga apa yang kau pakai , kau hidu dan rasa,
kau bangga dengan Artist2 yang kau puja ,
Material menyaluti tubuh mu kau selesa ,
tetapi kau tidak tahu Hati kau meronta terseksa,
kau terlena kerana nafsu yang kau kejar semata-mata,
Kau ketawakan org yang mengucap Zikrullah serta Solawat ,
kau rasa ianya sebuah jenaka ,
kau kata dia hanya menunjuk serta riak semata-mata ,
hipokrit yang kau lontarkan kepadanya ,
kau kata dia sesat dan kolot ,
kau hairan orang yang bagai di rasuk kerana Allah dan Rasulnya ,
Kau tidak tahu Hati orang itu Tersenyum gembira mesra ,
orang itu mengejar Cinta ,
Cinta yang membawa kebahagian kekal Abadi DISANA ,
hatinya berzikir mencari Redha Ilahi ,
hatinya bersolawat mencari syafaat Rasul tercinta ,
Siapa kau sebenarnya ?
Tanyalah hati mu ,
tanyalah fikiran mu ,
tanya mata mu ,
tanya tangan serta kaki mu ,
tanya telinga mu ,
apa yang kau fikiran ,
apa yang kau lihat ,
apa yang kau pegang ,
kemana kau berjalan ,
apa yang kau dengar ,
Adakah kesemuanya benar ?? ,
Fikirlah .....
No comments:
Post a Comment